Tuesday, 10 May 2016
Filled Under:
berita semasa
"Superman" DAP Didakwa Bangkit Isu Perkauman.
Posted By:
Unknown
on 08:39
PETALING JAYA: 'Superman' DAP, Hew Kuan Yau sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa membangkitkan isu perkauman semasa kempen parti itu di Batu Kitang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu.
Dalam satu video yang menjadi viral di media sosial, Hew yang bercakap dalam bahasa Mandarin didakwa menggesa orang ramai untuk mengundi DAP.
Menurut sari kata dalam video itu, Hew kononnya memberitahu pengundi untuk memilih DAP daripada PKR yang turut bertanding di kerusi tersebut.
"Tolong jangan buang undi anda kepada PKR di Batu Kitang. Undi untuk Aziz (calon DAP). Dia akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu pertama daripada DAP di Sarawak," dakwanya.
Namun, Hew mendakwa kenyataannya itu telah diputarbelitkan cybertropper Umno.
"Mereka memutarbelitkan kenyataan saya dengan sengaja," katanya.
Hew dikenali sebagai 'Superman' DAP kerana gemar memakai kemeja-T dengan logo watak adiwira itu semasa ceramah.
Ini bukan kali pertama beliau mencetuskan kontroversi dan sebelum ini terpaksa memohon maaf kerana menyerang seorang kolumnis politik sebagai gay.
Ketika ditanya jika DAP akan mengambil sebarang tindakan, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata beliau masih belum menonton video tersebut.
Kerusi Batu Kitang menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Barisan Nasional, DAP, PKR dan dua calon bebas.
Calon DAP, Abdul Aziz Isa tewas kepada Lo Khere Chiang dari BN dengan majoriti 1,840 undi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment