Wednesday 25 May 2016

Filled Under:

Resepi Nasi Goreng Cina


Bahan bahan:

(**)1 mangkuk nasi putih
(**)2 sudu makan mentega
(**)Minyak masak – secukupnya
(**)Minyak bijan – secukupnya
(**)5 ulas bawang putih – ditumbuk
(**)5 ulas bawang merah – dihiris
(**)Dada ayam – potong kecil-kecil
(**)Udang – secukupnya
(**)1 sudu makan lada sulah – ditumbuk
(**)2 biji telur

Bahan-bahan untuk membuat sayur:

(**)Sedikit lobak – dipotong dadu
(**)5 biji cili padi – hiris
(**)Kubis – dihiris panjang
(**)Daun bawang – dihiris halus

Cara-cara untuk membuat:

(**)1.Capurkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga sebati.
(**)2.Kemudian , panaskan minyak masak bersama minyak bijan dan tumis bawang putih,bawang merah serta masukkan ayam dan juga lobak.Selepas itu,masukkan sedikit air untuk mengelakkan bawang dari hangus.
(**)3.Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Kemudian, ketepikan semua bahan lalu tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul-betul masak, jika nampak terlalu kering bolehlah tambah minyak.
(**)4.Masukkan garam serta gula.Kemudian masukkan nasi yang telah digaul bersama mentega tadi dan Kacau sampai sebati.
(**)5.Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan juga daun bawang serta kacau sampai rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api.
(**)6.Sedia untuk dihidangkan.




0 comments:

Post a Comment