Wednesday, 11 May 2016
Filled Under:
Petua
7 Cara Hilangkan Kutu Beras?
Posted By:
Unknown
on 06:04
Kutu Beras.Beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul atau terlalu lama bukan sahaja boleh meninggalkan bau hapak, bahkan boleh diserang kutu!
Menghilangkan kutu beras satu per satu tidak mudah serta memerlukan kesabaran. Kadang-kadang masih ada kutu beras yang tersembunyi di sebalik beras sehingga ketika dimasak, kita masih lagi menemui beberapa ekor kutu tersebut di antara nasi.
Memang geram dibuatnya! Silap haribulan, jalan pintas yang mungkin akan kita lakukan ialah dengan membuang beras yang berkutu dan membeli beras yang baru. Tetapi, jika selalu sangat berbuat sedemikian dah jadi satu pembaziran pula. Tak bagus juga, kan.
Ada cara untuk kita mencegah dan mengatasi masalah kutu beras ini, antaranya:
1. Gunakan Daun Asam Jawa
Masukkan dua atau tiga helai daun asam Jawa yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras. Sesekali bukalah tempat penyimpan beras agar udaranya tidak terperangkap dan beras tidak berbau hapak.
2. Khasiat Daun Limau Purut
Setiap 10 kg beras, campurkan dengan 50g daun limau purut yang sudah ditumbuk. Dengan ini beras anda akan bebas daripada bau hapak.
3. Daun Belimbing Buluh
Simpan beras dengan dua tau tiga helai duan belimbing buluh yang sudah dibersih dan dikeringkan. Daun belimbing buluh terbukti efektif untuk menghapuskan kutu beras.
4. Cili Kering
Gunakan cili kering. Masukan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan beras. Bau menyengat daripada cili kering it akan mengusir kutu. Jangan lupa untuk menutup kotak penyimpanan beras itu dengan rapat dan simpan di tempat yang kering dan sejuk. ‘Confirm’ kutu beras tidak berani datang!
5. Bawang Putih
Anda boleh menggunakan bawang putih untuk mengusirnya kerana kutu beras tidak menyukai aroma khas bawang putih yang menyengat.
Caranya adalah dengan memasukkan bawang putih yang sudah dikupas pada beras yang anda simpan. Tetapi cara ini berisiko akan merosakkan beras kerana kandungan air daripada bawang putih boleh membuatkan beras menjadi lembab dan berkulat jika disimpan terlalu lama.
Sebaiknya, anda taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.
6. Kulit Kayu Manis
Selain bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras. Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu berasa berasa tidak selesa.
7. Jemur Di Tempat Panas
Masukkan beras di dalam bekas yang boleh meninggalkan kesan panas seperti ‘stainless’. Kemudian jemur di tempat yang panas, lebih kurang dalam 20 minit. Tutup atasnya dengan sehelai kain putih.
Panas yang ditinggalkan oleh ‘stainless’ akan membuatkan kutu beras tersebut kepanasan dan akan mencari tempat yang sejuk sehingga ia akan menempel pada kain tersebut. Anda akan lihat kutu-kutu beras itu melekat pada kain, kemudian buanglah kutu-kutu itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment