HAri ni saya nak paparkan juadah 'Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api.Semenjak 2 menjak ni memang jarang masak.kalaupun masak yang goreng2 dan tumis je.Sebab dah berniaga hari2, malam je ada kt rumah. Beberapa hari lepas, balik petang dari berniaga.bahan2 dah ready.
Bahan-bahan.
*Secekak pucuk ubi.
*segenggam ikan bilis.
*9 biji cili api - tumbuk.
*1cm isi kunyit - tumbuk.
*2 biji bawang merah - tumbuk.
*1 batang serai - titik sahaja.
*2 cawan santan pekat.
*secawan air.
*garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara.
Pucuk ubi dipilih cuma daun, batang dan pucuk yg muda dan dibersihkan. Rebus sekejap pucuk ubi dan toskan airnya. Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.
Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan. Bila dah mendidih, masukkan pucuk ubi tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..
Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
0 comments:
Post a Comment