Friday 27 May 2016

Filled Under:

Resepi Takoyaki


1. Bahan acuan:-

(**)1 cawan tepung gandum
(**)1 1/2 Tbsp tepung jagung
(**)2 biji telur saiz A (120g)
(**)2 cawan air
(**)1 tsp serbuk stok ayam
(**)3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

Cara menyediakan adunan:-

(**)Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk yang besar. Kacau dan sebatikan dengan pukul sampai semua larut, tiada gumpalan tepung. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. Sediakan bahan inti.

2. Bahan Inti:-

(**)Octopus / sotong / udang / ketam segera / sosej (pelbagai variasi)
(**)Daun bawang – hiris nipis
(**)Kobis bulat yang dicincang/disagat

Cara memasak:-

(**)Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak masak di setiap lubang. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh. Letakkan inti di setiap lubang. Taburkan daun bawang dan kobis. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.

(**)Pusingkan bebola takoyaki sampai dapat bentuk bebola. Drizzle dari semasa ke semasa minyak masak dicelah-celah acuan. Teruskan sampai nampak garing. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan. Sedia dimakan bersama bahan hiasan atas.

3. Bahan hiasan atas:-

(**)Sos takoyaki
(**)Mayonis Japanese
(**)Ao-nori (serbuk rumpai laut)
(**)Katsuobushi/bonito flake (kepingan ikan)

Cara hias:-

(**)Letak sos takoyaki dan mayonis. Tabur serbuk rumpai laut dan bonito flakes/ katsuobushi.

4. Bahan untuk sos takoyaki:-

(**)1 cawan sos tomato
(**)3/4 cawan kicap cair
(**)1/4 cawan air asam jawa
(**)2 cm halia – tumbuk halus
(**)1 ulas bawang putih – tumbuk halus
(**)1/2 cawan gula

Cara menyediakan sos:-

(**)Campur kesemua bahan dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki. Sejukkan sos, tapis ke dalam botol sos (botol sos yang biasa orang jual burger guna tu) – guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia.




0 comments:

Post a Comment