Friday, 27 May 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Grill Salmon dengan Sos Putih
Posted By:
Unknown
on 14:27
Bahan yang diperlukan :
(**)1 sudu butter
(**)3 ulas bawang putih
(**)Garam
(**)Lada hitam
(**)Limau nipis atau lemon
(**)Tumbuk lada hitam, bawang putih dan garam sehingga separuh hancur. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan. Juga masukkan sedikit paprika bagi mereka yang suka pedas. Kemudian perahkan sedikit lemon dan lumurkan butter hingga sebati. Perapkan selama 15 minit. Panaskan kuali. Panaskan kuali dan panggang 10-15 minit, jangan masak terlalu lama untuk elakkan isi ikan menjadi keras.
Bahan-bahan untuk membuat sos :
(**)2 sudu besar majerin atau mentega
(**)1/2 biji bawang besar (dicincang)
(**)1 sudu besar tepung gandum
(**)1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
(**)1 cawan susu segar
(**)Secubit garam
(**)Secubit lada hitam
Cara-cara :
(**)Panaskan majerin dalam periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang. Masukkan bahan-bahan lain, masak sampai didih, kena sentiasa kacau. Matikan api dan ketepikan.
Ini bahan-bahan untuk menyediakan bergedil sayur :
(**)4 biji kentang yang telah dikopek kulit
(**)Brokoli
(**)Lada Sulah
(**)Garam
(**)Telur
(**)Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
(**)Rebus dan lenyek kentang dan brokoli. Masukkan lada sulah dan garam kemudian sebatikan. Bentukkan mengikut saiz yang anda suka. Sebelum goreng celupkan doh tadi ke dalam telur dan gorengnya sehingga kekuningan.
(**)Sekarang dah siap dan boleh makan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment