Wednesday, 11 May 2016
Filled Under:
berita semasa
Peraturan Mengenai Vape Dijangka Siap Hujung Tahun.
Posted By:
Unknown
on 06:17
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan kini sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain untuk merangka peraturan mengenai rokok elektronik atau vape yang dijangka siap penghujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
"Penguatkuasaannya akan meliputi pengeluaran, pengedaran dan penggunaan," kata beliau kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan berhubung isu vape.
Laporan sebelum ini menyebut Argentina, Brazil, Singapura, Brunei, Oman, Qatar dan Thailand adalah antara 14 negara yang mengharamkan sepenuhnya penjualan dan pengimportan peranti vape.
Sementara di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Laporan sebelum ini menyebut Johor, Kelantan, Terengganu, dan Melaka merupakan negeri yang mengharamkan penggunaan vape.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment