Thursday, 26 May 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Kuih Sagu
Posted By:
Unknown
on 11:43
Bahan-bahan
(**)3 pot sagu halus (guna pot rice cooker)
(**)15 sudu besar gula pasir
(**)6 ½ pot air
(**)2 helai daun pandan (kalau suka)
(**)Pewarna hijau secukupnya
(**)½ biji kelapa parut ~ digaulkan dengan sedikit garam lalu dikukus sebentar -
Cara-cara
(**)Jerang air bersama daun pandan dalam kuali (yg agak besar) hingga mendidih.
(**)Basuh sagu & toskan lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam air mendidih tadi. Masa masukkan tu lerai2kan sagu agar masaknya nanti sekata & tak berketul2.
(**)Kacau sagu dengan api sederhana hingga nampak jernih. Buangkan daun pandan.
(**)Tambahkan pewarna hijau secukupnya serta gula pasir tadi.
(**)Kacau lagi hingga rata & gula larut. Tuangkan ke dalam loyang & biarkan hingga kuih sejuk.
(**)Potong kuih dan golek2kan dalam kelapa parut bergaram tadi.
(**)Sedia dihidangkan. Selamat mencuba......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment