Sunday 8 May 2016

Filled Under:

REBUNG MASAK LEMAK CILI API ?


Seperti biasa pagi Jumaat yg indah, akak pi pasar ala2 pasar minggu...mencari lauk pauk w/pun brg basah byk lg dlm peti.dasar tamak haloba betul !
Sampai pasar ternampak ikan tongkol hitam kalu kat Trg org panggil ikang aye itang..sini tauke ikan tu panggil ikan tongkol tuna katanya isi lembut.isshhh tak usah cakap la, org tahu la hahaha. K Noor mmg suka ikang aye itang nih, isinya macam ikan tenggiri. Masak apa saja mmg sedap, isinya manis. Hahahaa gorenggggg pun sodapp ! W/pun dah ada dlm peti sekor besar dan 4 ekor kecik tapi k Noor beli gak lagi 4 ekor sbg simpanan masa depan hehehe. Pusing2 pasar, dlm hati terfikir2 nak masak apa hari ni. Tiba2 ternampak makcik jual rebung, terus la dpt idea masak lemak rebung dgn goreng ikan aye yg fresh tadi...nyum nyum.
Bila sampai rumah nak masak rebung..alamakkkkkk lupa beli udang nak jd kan rencah masak lemak jdnya akak masukkan ikan bilis je la sbg rencahnya.

Bahan-bahan.

*500 g rebung
*10 g cili api }dikisar
*2 inci kunyit hidup }dikisar
*1 biji kelapa (diambil santan)
*sket ikan bilis
*1 btg serai diketuk
*garam secukup rasa

Cara membuat.

1.Campurkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.

2.Didihkan atas api yang sederhana sambil dikacau supaya tidak pecah minyak.




0 comments:

Post a Comment