Tuesday, 3 May 2016

Filled Under:

Resepi Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah.


Hari ini saya nak kongsikan resepi mee goreng basah sedap dan mudah yang saya memang sangat gemar makannya. Saya memang suka mee goreng basah daripada yang kering, anak-anak pun suka juga. Saya lebih suka masak sendiri bila makan mee goreng kerana kebanyakan mee yang dijual di kedai, nampak sedap tapi bila dimakan terasa belum cukup masak, kadang terlebih lembik, atau tak secukup rasa.

Biasa saya masak resepi mee goreng basah ni tak ada sukatan yang tepat kerana memasak mesti pandai merasa sendiri. Sukatan terpulang pada selera dan cita rasa. Lain kalau nak buat resepi kek, sukatan mesti betul dan tepat agar kek jadi cantik dan gebu. Jom kita intai resepinya.

Bahan buat mee goreng.

*– 500 gm mee kuning.
*– tauhu di goreng dan di potong dadu.
*– 2 pokok sawi.
*– 1 inci batang sawi di ketuk.
*– 6 ekor udang.
*– 200 gm daging di rebus.
*– 2 biji telur di kocok.
*– taugeh.
*– air rebusan daging secukupnya.
*– daun sup, daun bawang, dan cili merah di hiris.
*– limau kasturi.

Bahan kisar.

*3 ulas bawang putih di tumbuk.
*3 ulas bawang merah di tumbuk.
*2 camca besar cili kering di kisar.

Bahan sos.

*2 sudu besar sos tiram.
*2 sudu besar sos cili.
*1 sudu besar sos tomato.
*2 sudu besar kicap manis.

Cara buat mee goreng.

1.Panaskan minyak dan goreng tauhu. Angkat dan ketepikan.
2.Goreng telur sekejap je, sambil kacau dan angkat masa 1/2 masak.
3.Goreng udang sekejap je. Angkat dan ketepikan.
4.Panaskan minyak semula dan tumis bahan kisar hingga harum.
5.Masukkan bahan sos satu per satu dan gaul hingga rata.
6.Masukkan daging dan air rebusan daging. Masak hingga mendidih.
7.Lepas tu, masukkan batang sawi dahulu kemudian mee.
8.Kacau mee hingga rata dan masukkan garan dan gula secukup rasa.
9.Masukkan telur, udang, tauhu, daun sawi dan taugeh. Gaul hingga rata.
10.Tutup api dan keluarkan mee dari kuali.




0 comments:

Post a Comment