Tuesday, 10 May 2016
Filled Under:
resepi masakan
SERIUS SEDAP! JOM BELAJAR RESEPI MASAKAN KOREA, BULGOGI.
Posted By:
Unknown
on 08:35
Mesti anda biasa makan Bulgogi bukan? Bulgogi adalah hidangan daging lembu Korea yang sangat sedap dan mudah dibuat. Daging lembu dihiris nipis dan diperap semalaman dengan sos soya, bawang, bawang putih, buah pir, minyak bijan, gula perang, kemudian goreng dalam kuali atau permukaan meja grill di atas meja. Mudah bukan? Ini resepi penuh boleh anda buat di rumah.
bahan-bahan utama untuk Bulgogi.
Daging, Korean soy sauce (gook-ganjang), minyak bijan, bawang, buah pir, bawang putih, rumpai laut kering, gula perang dan lada hitam.
Cara masak Bulgogi.
1. Pertama, rendam rumpai laut kering dalam 1 cawan air mendidih selama 10 minit. Biarkan ia sejuk selama beberapa minit. Anda akan dapatkan stok rumpai laut. – untuk menambah rasa laut untuk hidangan daging.
2. Bawang, bawang putih, buah pir, 1/2 cawan stok rumpai laut dikisar halus.
3. Tuangkan puri yang dikisar tadi ke dalam mangkuk, tambahkan kicap, Korean soy sauce, gula perang, minyak bijan dan lada hitam. Gaul rata.
4. Tuangkan sos perapan di atas kepingan daging lembu.
5. Anda perlu perap daging semalaman di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa.
6. Apabila bersedia untuk memasak, panaskan kuali anda dengan api yang sederhana tinggi sehingga sangat panas. Masukkan daging lembu dan sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak untuk menambah rasa dan memberi warna dalam hidangan anda. Biarkan masak. Anda tidak perlu letakkan minyak. Ini merupakan keindahan memasak Bulgogi kerana ianya masak dalam jus sendiri.
7. Kacau sehingga daging keperangan. Ia hanya mengambil masa 2-3 minit untuk memasak, jangan masak terlalu lama sehingga overcook.
8. Makan bersama nasi panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment