Salam untuk semua rakan-rakan pembaca sekelaian.disini saya ingin berkongsi petua atau cara yang berkesan untuk mereka-mereka yang menderita sakit gigi yang teramat.kata orang kalau sakit gigi...
kalau orang cakap benda elok pun kita boleh marah!!.Yang saya nak kongsikan ini atas pengalaman saya sendiri.
kalau cerita pasal cabut gigi..em.memang saya tak pernah.jadi bila sakit gigi,saya selalu bertangguh untuk pergi hospital atau klinik.bukan takut,tapi memang tak pernah.tak biasa .itu yang saya cuba elakkan.saya ni jenis suka kaji tentang ubat.dalam menderita sakit gigi..suatu hari saya terluka kaki..saya dah biasa guna minyak gamat`.kesan dari minyak gamat amat mengejutkan saya.lupa jadi tak sakit,malah dalam beberapa hari saja kaki saya sembuh.jadi saya google tentang sakit gigi...banyak sekali keterangan yang menyatakan ,kita sakit gigi kerana ada luka pada gusi kita.jadi bakteria merenbak dan sakit gigi kita bertambah teruk.
saya pun cuba teori saya.minyak gamat boleh menyembuhkan luka, tentu ia dapat menyembuh gusi yang luka.saya ambik putik kapas,tuangkan sedikit dalam bekas yang kecik.saya rendam putik kapas dalam minyak gamat tadi.masuk bilik air dan sumbatkan putik kapas kat gigi yang berlubang.jangan terkena lidah,rasanya mmg meloyakan.saya ulangkan 2,3 kali.dan biarkan saja,jangan berkumur.oh ya kalau rakan2 tengah sakit gigi,jangan buat dulu.makan ubat tahan sakit dulu.boleh dapat dengan mudah dekat klinik.bila dah rasa tak sakit baru buat.seeloknya sebelum tidur.jadi cara ini saya ulang sehingga 3 kali.dalam masa 2 hari..
Alhamdulillah..lepas itu saya rasa gigi saya dah pulih semula.kalau tak,rasa sakit saya makan ubat tahan sakit.
dan sampai sekarang gigi saya yang berlubang tu tak pernah sakit lagi..tapi ingat..jangan lupa baca bismillah dan selawat.kerana yang menyembuhkan itu ALLAH.
sekian terima kasih.
0 comments:
Post a Comment