Thursday, 21 April 2016

Filled Under:

HILANGKAN PANAU YANG PALING MUJARAB.

Panau pada kanak-kanak orang akan kata, "biasa la budak-budak.
Tapi jika panau pada orang dewasa? apa agaknya orang akan kata.Sebab tu lah ramai yang nak tahu cara untuk menghilangkan masalah panau dan mencegah ia dari berulang.

Panau ialah tompok-tompok putih yang tumbuh disekitar bahagian tubuh yang aktif berpeluh seperti pipi,kulit kepala,belakang leher dan belakang badan.Ia lebih ketara kelihatan jika penghidap berkulit gelap.Panau bukan hanya menganggu penampilan diri malah ia menimbulkan gatal-gatal pada bahagian tersebut terutamanya ketika berpeluh.

Panau disebabkan jangkitan sejenis kulat yang dipanggil Malassezia.Ia bukan penyakit berjangkit dan  tidak membahayakan tetapi tindakbalas kimianya menyebabkan warna pigmentasi kulit berubah. Sebab itulah kesan tompok-tompok putih terhasil.Terdapat juga panau yang berwarna pink,kemerahan dan perang bergantung pada individu.

Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi,mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis).Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.

Terdapat banyak cara untuk merawat panau antaranya mendapatkan rawatan dari doktor atau perubatan secara tradisional.Selain itu, langkah pencegahan juga amat penting antaranya;

1.basuh muka dengan pencuci muka atau mandi dengan kerap.

2.pastikan kulit sentiasa dikeringkan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian.

3.Elakkan memakai pakaian yang sudah dibasahi peluh untuk jangka masa panjang.

4.Pakai pakaian yang mudah serap peluh.

Namun, kadar untuk penyakit panau berulang adalah agak tinggi iaitu 60%.Oleh itu selain dari rawatan luaran,aspek pertahanan tubuh dari dalam juga perlu dititikberatkan.

Garlic Complex, Alfalfa Complex dan Vitamin C Plus Shaklee boleh membantu menangani penyakit panau dengan cara merawat dan mencegah dari dalam. Saya amat syorkan kombinasi ini kerana ia berkesan terhadap kebanyakan jangkitan kulat pada kulit kita.




0 comments:

Post a Comment