Wednesday, 20 April 2016

Filled Under:

AYAM MASAK SERAI YANG SEDAP?

Lauk ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih tapi juga boleh dimakan dengan nasi impit. Saya menggunakan semua bahagian paha ayam yang dibeli Jom tengok resepi yang mudah ini. Selamat mencuba.

Ayam Masak Serai.

BAHAN BAHAN.

1 ekor ayam - dipotong 2inci x 2 inci.
6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya.
2 keping asam keping.
Garam.
Serbuk kunyit.

BAHAN KISAR.

6 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar.
4 ulas bawang putih.
Sebesar ibu jari halia.
20 tangkai lada kering - dibuang biji dan direbus.

CARA CARA.

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.

Tumiskan bahan bahan yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam keping dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan. 

Angkatkan dan boleh dimakan dengan nasi putih panas panas atau dengan nasi impit.




0 comments:

Post a Comment