Monday, 13 June 2016

Filled Under:

Kuih Cara


Bahan-bahan:

(**)2 cawan tepung gandum

(**)3 cawan santan

(**)4-5 helai daun pandan

(**)2 biji telur

(**)1 sudu kecil garam

(**)2 sudu minyak masak

(**)pewarna hijau - beberapa titik

(**)gula pasir secukupnya

Cara-cara:

(**)Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.

(**)Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk.

(**)Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.

(**)Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung.

(**)Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh.

(**)Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk.

(**)Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan.




0 comments:

Post a Comment