Thursday, 9 June 2016

Filled Under:

Resepi Bar Buah-Buahan Bijian Penuh


Bahan:

(**)3/4 cawan gula perang
(**)1 cawan yogurt rendah lemak tanpa gula
(**)2 biji putih telur, dipukul sedikit
(**)3 sudu besar minyak masak
(**)3 sudu besar susu rendah lemak
(**)2 camca teh esen vanila
(**)1 1/2 cawan tepung gandum penuh
(**)1 camca teh soda bikarbonat
(**)1 camca teh serbuk kayu manis
(**)3/4 camca teh garam
(**)3 cawan Quaker Instant/Quick Cooking Oats
(**)1 1/2 cawan buah-buahan campuran kering, kismis atau kranberi kering

Cara:

(**)Panaskan oven 180°C
(**)Gris dulang pembakar 13″x9″ menggunakan minyak
(**)dalam mangkuk besar, campurkan gula, yogurt, telur, minyak, susu dan esen vanila bersama. Gaul sebati.
(**)Dalam mangkuk serdehana besar, campurkan bahan kering seperti tepung, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Gaul sebati.
(**)Gabungkan campuran kering dan basah bersama. Gaul lagi sehingga sebati.
(**)Campurkan sekali oats dan buah-buahan campuran kering bersama.
(**)Tuangkan doh di atas permukaan dulang pembakar secara sekata.
(**)Bakar selama 30 minit atau sehingga ianya menjadi perang.
(**)Alih dan sejukkan ia di atas redai kek
(**)Potong kepada beberapa bahagian bar dan simpan dan bekas kedap udara supaya tahan lama dan tidak lemau.




0 comments:

Post a Comment