Sunday, 12 June 2016

Filled Under:

Nasi Ulam Utara


Bahan:

(**)Masak nasi dan biarkan ia sejuk.

(**)Udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.

(**)Ikan masin juga digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.

(**)Kerisik seeloknya yang dibuat sendiri juga ditumbuk kasar.

(**)Halia, lengkuas, serai (kisar sampai halus, kalau boleh kisar berasingan).

(**)Cili padi dan lada hitam (ditumbuk mengikut tahap kepedasan diinginkan).

(**)Belacan dibakar dan ditumbuk bersama garam untuk perasa.

(**)Bawang besar dimayang halus.

(**)Limau kasturi atau asam jawa ikut kesesuaian citarasa.

(**)Ulam dibersihkan, digulung dan dihiris halus.

(**)Ulaman dan kuantitinya tidak terhad, ikut citarasa masing-masing. Antara ulaman yang digunakan adalah daun selom, daun kesum, daun kunyit, pucuk kadok, pegaga, daun sekentut, pucuk daun kari, pucuk limau purut, pucuk daun mangga, bunga betik, bunga kantan.

(**)Caranya:
(**)Gaul dan ratakan kesemua bahan sedikit demi sedikit dan terhidanglah satu menu warisan dari utara tanahair.





0 comments:

Post a Comment