Sunday, 12 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Siakap Stim Limau Masam Manis
Posted By:
Unknown
on 12:11
BAHAN BAHAN
(**)1 ekor ikan siakap
(**)1 cubit garam
(**)4 ulas bawang putih
(**)1 potong halia
(**)1 biji bawang besar
(**)1 biji tomato
(**)1 batang seleri
(**)3 biji cili padi
(**)1 batang serai
(**)2 biji asam boi
Bahan Sos
(**)3 sudu sos ikan
(**)1 sudu sos tiram
(**)secubit serbuk perisa ayam
(**)secubit gula
CARA MEMASAK
(**)1. Bersihkan ikan siakap dan salutkan dengan sedikit garam
(**)2. Tumbuk bawang putih dan halia dan lumurkan pada ikan
(**)3. Steam ikan sehingga separuh masak
(**)4. Masukkan bawang besar yang dipotong 4, tomato dipotong 4, batang seleri dihiris, serai diketuk, cili padi yang diketuk dan asam boi. Biarkan ikan bersama bahan sehingga hampir masak.tambah sedikit air jika terlalu kering.
(**)5. Bancuh sos ikan, sos tiram, serbuk perisa ayam, dan sedikit gula dengan sedikit air.
(**)5. curahkan bancuhan bahan sos ke atas ikan dan masak selama 2 minit
(**)6. Hidangkan ikan siakap ke dalam pinggan dan hiaskan dengan cili, daun sederi dan lain lain mengikut kreativiti anda.
Selamat mencuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment