Saturday, 11 June 2016

Filled Under:

Resepi Gulai Ikan Tongkol


Bahan-bahan:
(**)1 ekor ikan tongkol – potong ikut suka
(**)1 biji kelapa segar
(**)8 ulas bawang merah ^
(**)4 ulas bawang putih ^
(**)2 lada besar
(**)2 inci lengkuas di hiris
(**)1 inci halia ^
(**)1 sudu pes cili kering
(**)1 camca serbuk ketumbar
(**)10 biji cili padi ^ nak lebih pon xpe
(**)1 inci kunyit hidup ^
(**)Garam, gula dan perasa

Cara-cara:
(**)1.Bersihkan ikan yang telah dipotong dan direbus bersama 3 keping asam keping,sedikit lengkuas yang telah di hiris dan sedikit garam.Kemudian rebuskan ikan sehingga airnya agak kering dan ketepikan.
(**)2.Tumbuk bahan – bahan yang bertanda ^ dan jangan terlampau lumat.
(**)3.Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan – bahan yang ditumbuk, hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga pecah minyak.
(**)4.Kemudian masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.Perlulah selalu kacau/limbok masakan agar kuahnya tidak berketul.
(**)5.Apabila sudah mendidih,masukkan ikan, serbuk ketumbar,asam keping, lada besar garam, gula dan perasa secukupnya.
(**)6.Akhir sekali,biarkan mendidih jika kuahnya sudah agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan.




0 comments:

Post a Comment