Friday, 10 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Sotong Bakar Percik
Posted By:
Unknown
on 15:41
Bahan-Bahan:
(**)1/2 kg sotong
(**)serbuk kunyit
(**)garam halus
Bahan Percik –
(**)2 batang serai – Diketuk/Kisar
(**)*10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
(**)*sedikit belacan
(**)*1 labu bawang besar
(**)*2 – 3 inci kunyit hidup
(**)*1 cawan santan cair
(**)*1 sudu kecil jintan manis
(**)* 4-5tangkai cili padi
(**)jus asam jawa/asam keping
(**)1/2 cawan pati santan pekat
(**)garam dan gula secukup rasa
(**)1 helai daun kunyit
Cara Buat Bahan Percik –
(**)1. Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
(**)2. Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
(**)3. Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
Cara Memasak:
(**)1. Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
(**)2. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
(**)3. Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
(**)4. Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment