Sunday, 12 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Roti Bakar Telur Berlapis Keju & Sayur
Posted By:
Unknown
on 12:10
Bahan-bahannya
Untuk sayurnya
(**)1 ulas bawang putih
(**)1 labu bawang besar
(**)3 cendawan kering- rendam dengan air panas dan hiris nipis
(**)1/2 biji capsicum hijau- didadu
(**)1 biji tomato- dipotong nipis
(**)Beef pepperoni secukupnya- boleh ganti dengan sosej (hiris nipis)
(**)Sedikit serbuk oregano Garam
(**)Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.
(**)Masukkan peperoni/sosej, tumis sedikit.
(**)Masukkan cendawan, capsicum dan tomato.
(**)Kacau Masukkan garam dan serbuk oregano.
(**)Siap. Jangan lama sangat, sebab kita nak bakar nanti.
Untuk sosnya
(**)1 1/2 cawan susu segar
(**)4 biji telur Garam
(**)Sedikit serbuk buah pala
(**)Serbuk lada hitam
(**)Satukan semua bahan.
(**)Pukul dengan garfu hingga sebati. Siap.
Bahan roti:
(**)1 buku roti- potong kecil
(**)Sedikit mentega
(**)Keju mozarela secukupnya.
Cara menyediakannya
(**)Sediakan loyang pembakar.
(**)Sapukan sedikit minyak/mentega.
(**)Susun lapisan pertama roti.
(**)Taburkan sayur goreng tadi.
(**)Susun lagi roti di atasnya.
(**)Taburkan sayur hingga habis.
(**)Tuang sos/ bancuhan telur tadi. Biarkan sebentar
(**)Taburkan keju dan sedikit mentega.
(**)Bakar dalam oven suhu 160 selama 15 minit.
(**)Siap....makan dengan sos cili atau sos tomato!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
boleh mencuba ...
ReplyDelete