Wednesday, 8 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
Resepi Jejari Ubi Keledek Yang Enak Lagi Sihat
Posted By:
Unknown
on 13:06
Bahan-bahannya:
(**)Ubi keledek yang besar
(**)Minyak kelapa dara / minyak zaitun dara (untuk gris membakar)
(**)Garam kasar Himalaya
(**)Serbuk lada merah (tidak perlu kalau tak mahu)
(**)Limau Nipis
(**)Cuka Epal
Cara-caranya:
(**)Panaskan oven bersuhu 180°C
(**)Kupaskan kulit ubi keledek dan potongkan ia panjang-panjang (jangan terlalu nipis kerana ubi itu akan mengecut apabila berada di dalam oven nanti). Setelah dipotong, masukkan kesemua ubi keledek itu tadi kedalam sebuah mangkuk dan sira/salut ianya dengan minyak menggunakan tangan anda.
(**)Taburkan sedikit garam kasar Himalaya rata-rata pada campuran kentang dan minyak. Tidak lupa, taburkan serbuk lada juga jika anda mahukan rasa yang lebih menyerlah.
(**)Susun diatas dulang oven dengan sempurna.
(**)Masukkan ke dalam oven untuk mulakan proses memasak. Perlahankan suhu kepada 150°C. Biarkan ia dibakar selama 15 minit.
(**)Selepas 15 minit pertama berlalu, lebihkan masa selama 15 minit sekali lagi agar ubi keledek anda itu benar-benar rangup. Kesimpulannya, 30 minit.
(**)Renjiskan sedikit cuka epal dan limau nipis untuk rasa yang lebih mengiurkan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment