Wednesday, 8 June 2016

Filled Under:

Resepi Biskut Almond London


Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

(**)250 gm mentega
(**)9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
(**)1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
(**)3 oz / 1 cawan tepung jagung
(**)4 oz / 1 cawan gula aising
(**)1 biji kuning telor
(**)Badam biji di panggang secukupnya
(**)Badam cincang untuk hiasan
(**)Coklat masakan secukupnya
(**)Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
(**)Sedikit minyak jagung

Cara-cara penyediaan

(**)1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
(**)2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
(**)3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
(**)4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
(**)5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
(**)6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.
(**)7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
(**)8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.




0 comments:

Post a Comment