Wednesday, 8 June 2016
Filled Under:
resepi masakan
RESEPI BISKUT CIP COKLAT YANG PALING SEDAP
Posted By:
Unknown
on 13:01
Bahan:
(**)2 cawan tepung sebaguna
(**)1 camca teh garam
(**)1 camca teh serbuk penaik
(**)2 biji telur saiz besar
(**)1 1/4 cawan gula perang
(**)3/4 cawan gula halus
(**)8 sudu butter (dicairkan)
(**)2 camca teh ekstrak vanila
(**)2 cawan coklat cip pilihan anda (coklat gelap/susu/putih/strawberi)
(**)Kekacang (jika nada mahukan rasa yang unik selain cip coklat biasa)
Cara:
(**)Dalam mangkuk, gaul bahan kering seperti tepung, serbuk penaik dan garam bersama. Letak tepi.
(**)Dalam mangkuk yang lain, gaul pula gula perang dan gula halus sehingga tidak berbuku.
(**)Masukkan butter cair, gaul sebati.
(**)Setelah itu tambah sebiji telur dan kacau lagi, sebelum anda memasukkan sebiji lagi telur. Jangan lupa tambahkan estrak vanila sekali!
(**)Setelah campuran itu sebati, masukkan bahan kering tadi bersama. Gaul sehingga campuran sebati dan tidak berbuku.
(**)Akhir sekali, masukkan cip coklat pilihan anda dan campuran kekacang cincang jika mahu!
(**)Rehatkan sebentar campuran doh biskut di dalam peti sejuk selama 30 minit sambil anda menyediakan dulang pembakar.
(**)Dengan menggunakan skop ais krim, skopkan campuran doh biskut dan letakkan ia di atas dulang pembakar pada jarak yang agak jauh dari satu sama lain kerana biskut akan membesar nanti.
(**)Set suhu ketuhar pada 375°F dan biskut hendaklah dibakar selama 10-14 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment