Wednesday, 8 June 2016

Filled Under:

RESEPI BROWNIES COKLAT “KEDUT”


Bahan-Bahan

(**)400 g coklat kompound (dipotong kasar)
(**)150 g mentega
(**)100 g gula perang
(**)100 g gula kastor
(**)4 biji telur
(**)1 sdk perasa vanila
(**)100 g tepung naik sendiri*
(**)30 g serbuk koko*

*satukan dan ayak

Cara-Cara Penyediaan

(**)Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah ‘double boiler’. Tutup api dan angkat.
(**)Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
(**)Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
(**)Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
(**)Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
(**)Tuang dalam loyang dan ratakan.
(**)Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160°C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
(**)Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
(**)Keluarkan dan potong mengikut citarasa anda.

Nota:

(**)Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
(**)Boleh juga guna tepung gandum, cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
(**)Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
(**)Boleh juga ditambah kekacang 100 g jika suka.




0 comments:

Post a Comment