Wednesday, 8 June 2016

Filled Under:

POP MENTEGA KACANG & CORNFLAKES, TANPA BAKAR


Bahan-Bahan

(**)1/2 cawan gula
(**)1/2 cawan madu
(**)250g smooth peanut butter
(**)Secubit garam (supaya ada rasa sweet-salty)
(**)4 cawan cornflakes
(**)Segenggam badam nibs (disangai)

Cara-Cara Penyediaan

(**)Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua bahan bergabung. Didihkan.
(**)Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.
(**)Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas cornflakes dan gaul rata. Sprinkle almonds semasa menggaul.
(**)Masa tengah suam-suam, bentukkan mengikut kesukaan.
(**)Letakkan atas kertas minyak dan biarkan sejuk dan set (boleh diletakkan di dalam peti sejuk).
(**)Hiaskan mengikut citarasa. Boleh cairkan coklat masakan dan drizzle on top.
(**)Siap!




0 comments:

Post a Comment