Wednesday, 24 August 2016

Resepi Karipap Kentang Rangup

Karipap merupakan kuih yang sangat tidak asing bagi masyarakat Malaysia. Walaupun telah dimasak zaman berzaman, naum kuih ini tetap menjadi pilihan. Selamat mencuba!

BAHAN A

1)Gaulkan tepung bersama dengan garam. Kemudian gaulkan tepung dengan mentega.
2)Masukkan air sebanyak setengah cawan dahulu kemudian ulikan. Perhatikan, jika doh pecah dan berderai tambah lagi air, jika doh seperti melekat pada tapak tangan tambahkan sedikit tepung gandum.
3)Jika doh elok, tidak kering dan pecah serta tidak melekat pada tangan. Tahniah! Anda sudah memiliki doh idaman.

BAHAN B

1)Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bawang holland dan daun kari sehingga naik bau.
2)Masukkan cili boh dan serbuk kari. Goreng sehingga garing. Kemudian masukkan air dan kentang. Tutupkan dengan penutup kuali dan biarkan kentang empuk.
3)Apabila kentang sudah empuk. Perisakan dengan garam dan padamkan api.
4)Masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan seketika.

KARIPAP

1)Sediakan papan pencanai dan penggelek. Ambil sedikit doh mengikut saiz yang dikehendaki. Bulat-bulatkan dan gelekkan atas papan pencanai.
2)Masukkan inti dan kelim tepi karipap. Kemudian susun karipap yang telah dikelim di atas dulang.
3)Jika menggunakan acuan karipap. Gelekkan tepung sehingga memenuhi papan pencanai dengan ketebalan yang sama, kemudian tekapkan tepung menggunakan acuan karipap tadi.
4)Ambil tepung yang telah ditekap tadi, letakkan atas acuan karipap, masukkan inti. Kemudian lekapkan.
5)Susun atas dulang.
6)Panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna kuning keemasan.


Resepi Spaghetti Aglio Olio

Khas buat anda yang menginginkan kelainan dalam masakan. Resepi Aglio Olio, selamat mencuba!
Bahan-bahan :

(**)Bawang putih 3 ulas - cincang
(**)Bawang besar holland 1/2 biji - dadu
(**)Cili flakes 1 s/d besar
(**)Lada benggala 1/2 biji 
(**)Kacang peas
(**)Carrot 1/2 biji
(**)Udang
(**)Sotong
(**)Pasta 
(**)Minyak masak

Cara-cara :

1)Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili flakes.
2)Masukkan pula udang dan sotong, kacau hingga msk. 
3)Kemudian, masukkan sayuran. Masak kejap dan terus masukkan pasta. Gaul sampai sebati.
4)Hidangkan panas-panas.



Tuesday, 23 August 2016

Resepi Mudah Kek Batik Coklat Sedap

Kek batik merupakan kek yang paling simple dan mudah dibuat. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(**)Biskut Marie - 2 mangkuk
(**)Susu pekat - separuh
(**)Milo - 1 mangkuk
(**)Marjerin - 1/2 bekas

Bahan tambahan. Kalau tak ada pun tak apa. 
(**)2 s/b serbuk koko 
(**)1 s/k esen vanilla 

Cara-cara :

1)Patah-patahkan biskut Marie. Boleh patah 2, patah 4 dan sebagainya. 
2)Panaskan kuali. Pastikan gunakan api perlahan. Masukkan susu pekat, Milo, serbuk koko & Marjerin, terus kacau perlahan-lahan.
3)Masukkan esen vanilla dalam periuk. Gaul sebati dan padam api. Kalau tak letak esen vanilla pun tak apa.
4)Bila semuanya dah sebati, masukkan biskut dan kacau lagi.
5)Kacau sampai semua biskut dah bersalut dengan coklat.
6)Kemudian, masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sudah dialas dengan plastik.
7)Tekan-tekankan adunan tadi sampai semua mampat dan padat.
8)Lastly, sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam.
9)Kek batik sedap dah siap untuk dimakan.



Kek Snow Cheese Lazat

Khas buat peminat kek dan peminat keju. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

KEK:
(*)6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
(*)100 gram gula halus
(*)100 gram tepung hong kong
(*)60 gram tepung jagung
(*)50 gram air sejuk
(*)1 sudu teh baking powder
(*)2 sudu makan ovelet
(*)75 gram mentega - dicairkan

KRIM :
(*)1 kotak cream cheese philadelphia
(*)1/2 tin susu pekat manis-(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)

TOPPING :
(*)1/2 kotak kraft cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Resepi Pecel Ikan Pari

Pecel Ikan Pari merupakan masakan tradisi bagi masyarakat Indonesia. Lauk ini boleh juga dihidang bersama Nasi Ambeng. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(*)1 ekor ikan pari kecik 
(*)2 1/2 cawan santan pekat
(*)5 biji bawang merah*
(*)2 ulas bawang putih*
(*)5 inci ubi cekur*
(*)20 biji cili padi kampung*
(*)1 inci belacan - dibakar*(*ditumbuk halus)
(*)1 keping asam gelugor
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)2 helai daun cekur - hiris halus
(*)Beberapa cili hiasan

Cara-cara :

1.Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci dan toskan, lumur sedikit garam dan bakar hingga masak. Ketepikan.
2.Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan didih kan, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan pari dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat.
3.Masukkan hirisan daun cekur, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan cili padi dan hidangkan segera bersama nasi hangat.



Resepi Kuih Talam Keladi

Kuih Talam Keladi merupakan kuih-muih tradisi masyarakat Malaysia. Khas buat peminat masakan tradisional, selamat mencuba!

Bahan Lapisan Bawah :

##2 Cawan tepung beras 
##3 Sudu besar tepung ubi
##1 1/2 Sudu kecil garam
##6 Sudu besar gula pasir 
##300 ml santan pekat
##700 ml air

##300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

Cara-cara :

1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3".
4. Kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas :

##1 1/2 cawan tepung gandum
##250 gm gula halus
##3 biji telur 
##250 ml santan
##500 ml air
##Sedikit pewarna purple dan perisa

Cara-cara :

1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.


Resepi Nasi Tomato Spesial



Nasi tomato merupakan masakan tradisi masyarakat Malaysia sejak turun temurun. Pastinya anda tidak perlu runsing lagi memikirkan kelainan dalam masakan di rumah. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan untuk Nasi :

(*)3 cawan Beras
(*)1 biji bawang besar – hiris
(*)2 biji bawang putih – hiris
(*)Rempah tumis
(*)2 inci halia – hiris
(*)2 helai daun pandan
(*)2 cawan air
(*)1 cawan santan pekat
(*)Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan untuk Sambal :

(*)10 Ulas bawang merah – dikisar
(*)2 ulas bawang putih – dikisar
(*)10 sudu besar cili kisar
(*)Sedikit gula merah
(*)1 ½ cawan air
(*)Sedikit air asam jawa
(*)Sedikit belacan.
(*)Sedikit ikan bilis – dikisar
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak masak

Cara-cara Menyediakan Nasi :

1.Basuh nasi dan toskan.
2.Tumis bawang besar, bawang putih, rempah tumis dan halia.  Tumis sampai naik bau. 
3.Kemudian masukkan air. Tunggu hingga air mendidih baru masukkan nasi.
4.Kemudian masukkan santan.
5.Kemudian masukkan daun pandan yang dah disimpul cantik tadi untuk mendapatkan aroma yang indah.

Cara-Cara Menyediakan Sambal :

1.Tumis bawang besar dan bawang putih sampai garing sedikit.
2.Masukkan cili kisar. Biarkan sekejap.
3.Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Masak sampailah sambal ni pekat sedikit. Lebih kurang 45 minit.
4.So, bolehlah menjamu selera  Boleh tambah dengan telur goreng atau telur rebus, bilis goreng, kacang tanah goreng dan jugak timun.



Monday, 22 August 2016

Resepi Mee Kari Warisan Berapi

Mee Kari yang pastinya menambat hati suami. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(*)1 paket Mee kuning – cuci dan celur
(*)1 biji bawang besar - dihiris halus
(*)2 ulas bawang putih
(*)1/2 inci halia - hiris halus
(*)100gm udang
(*)100gm sotong
(*)Ayam
(*)2-3 biji kentang -dipotong dadu
(*)1paket fishcake – dihiris
(*)1 paket tauhu - dikerat 2
(*)2 biji tomato - dipotong
(*)1 kotak kecik santan kotak
(*)3 s/b rempah kari daging
(*)Garam dan gula secukup rasa

Bahan sampingan :

(*)Sayur sawi – dicuci, potong, dicelur
(*)Telur rebus - dibelah dua
(*)Hirisan daun sup
(*)Hirisan daun bawang
(*)Hirisan cili merah/hijau
(*)Bawang goreng
(*)Limau kasturi - dibelah 2

Cara-cara :

1)Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2)Kemudian masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3)Tuang air, kacau dan biar mendidih.
4)Masukkan kentang dan part tulang ayam. Masak hingga empuk.
5)Selepas itu masukkan udang dan sotong, fishcake dan juga tauho. Biarkan mendidih.
6)Tuang santan. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
7)Biarkan mendidih, tutup api.
8)Sediakan Mee dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya bersama bahan sampingan lain. Siap.



Cara Membuat Bakso Sedap

Bakso merupakan masakan tradisional Indonesia yang semakin mendapat sambutan di Malaysia. Khas buat anda yang inginkan kelainan dalam masakan di rumah. Suami dan anak-anak anda pasti tidak akan mengadu bosan dengan menu harian lagi. Selamat mencuba!
BEBOLA BAKSO

Bahan-bahan :

##400gm daging - dicincang
##2 biji bawang besar
##1 ulas bawang putih
##1 sudu kecik lada sulah
##2 sudu makan tepung ubi
##2 sudu makan tepung gandum
##1 biji putih telur
##Garam secukup rasa

Cara-cara :

1)Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2)Rebus air bila air dah mendidih bulatkan doh tadi dan masuk kat dalam air menddih.
3)Rebus sehingga timbul dan boleh di angkat.

SUP BAKSO

##1 biji biji buah pala}diblender
##1 inci lengkuas}diblender
##1 inci halia}diblender
##1 biji bawang besar}diblender
##3 ulas bawang putih}diblender
##11/2 sudu lada putih-ditumbuk halus}diblender
##1 tangkai kulit kayu manis
##2 biji bunga lawang
##4 tangkai bunga cengkih
##2 bji buah pelaga
##2 paket perencah atau ciub pati lembu
##1 kepal lemak daging
##daun sup dan daun bawang
##1/2 sudu makan gula
##garam secukup rasa
##1 sudu makan meegi secukup rasa
##minyak untuk menumis

Cara-cara :

1)Panaskan minyak dan tums bahan blender dan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
2)Kemudian masukkan lemak daging dan biar sehingga masak.
3)Tuangkan air dan biar mendidih selama 5 minit
4)Masukkan daun sup dan daun bawang,gula,garam dan meggi secukup rasa dan biar mendidih selama 2 minit..ampa rasa dulu taw..bg secukup rasa..kalu kurang boleh tambah garam atau meegi cukup rasa okey
5)Masukkan bebola bakso tadi dan biar mendidih selama 2-3 minit dan boleh tutup api.

Bahan-bahan Sampingan :

##1 paket bihun - dicelur
##1 paket mee kuning dicelur
##1 batang karot - di hiris halus
##Kubis - dihiris halus
##Bawang goreng
##Dan daun sup dan daun bawang

SAMBAL BAKSO 

Bahan-bahan :

##3-4 tangkai cili merah
##34-5 tangkai cili padi
##31 biji bawang besar
##31 ulas bawang putih
##sos cili
##Kicap 

Cara-cara :

1)Semua bahan direbus(cili merah,cili padi,bawnag besar,bawang putih) dan ditoskan.
2)Blend bahan rebus tadi sehingga lumat dan letak dalam 1 bekas.
3)Campurkan dengan sos dan kicap bila menghidang. Siap!


Cara Mudah Membuat Kerabu Mangga

Resepi Kerabu Mangga pengikat hubungan kekeluargaan. Anda pastinya menginginkannya lagi. Selamat mencuba!

Bahan Bahan :

##sebiji buah mangga
##sekuntum bunga kantan
##sedikit udang kering ditumbuk lumat
##2 ulas bwang merah
##3 biji cili api
##1 biji cili besar
##gula secukupnya
##garam

Cara-cara :

1.Buah mangga dibuang kulitnya kemudian disagat
2.Bunga kantan dihiris halus
3.Bawang merah dihiris nipis
4.Cili besar dipotong tipis
5.Cili api dipotong
6.Campurkan kesemua bahan2 ini kedalam satu bekas
7.Masukkan gula,udang kering yg ditumbuk lumat serta garam
8.Gaulkan bagi rata, suaikan rasanya, siap utk dimakan.


Resepi Warisan Jawa Ayam Masak Ungkep


Ayam Masak Ungkep merupakan resepi tradisi Jawa Malaysia. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan :

##Setengah ekor ayam
##Sejemput cili padi *kisar
##Bawang besar 2 biji *kisar
##Bawang putih 4 biji *kisar
##Halia seinci *kisar
##Serbuk kunyit - 1 s/t *kisar

##Serai 3 batang
##Asam jawa seinci
##Kentang sebiji belah 6

Cara-cara :

1)Panaskan minyak
2)Masukkan serai dulu
3)Masukkan bahan *kisar. Tumis sampai naik bau dan garing.
4)Masukkan serbuk kunyit 1 sudu kecil.
5)Masukkan air asam jawa.
6)Masukkan ayam, kentang, garam secukup rasa. Tutup kuali. Biar sampai air kering.
7)Bila dah nak kering, boleh letak santan (pilihan).


Resepi Warisan Telur Bistik

Khas buat anda yang inginkan kelainan dalam menu masakan di rumah. Resepi yang mudah dan sedap ini pastinya menambat hati suami. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

>>3 biji telur - dipukul
>>5 biji cili padi - cincang
>>2 ulas bawang putih -  cincang
>>1 biji bawang besar - potong dadu
>>1 s/b sos tomato
>>1 s/b sos tiram
>>1 1/2 s/b sos cili
>>1/3 cawan daging cincang
>>1 s/b mayonaise
>>1/2 kiub pati daging lembu
>>sedikit Sos Ikan
>>sedikit air
>>sedikit serbuk lada hitam
>>1/4 cawan mix vege - jagung, kacang pis, karot
>>1/2 inci halia - cincang halus

Bahan Hiasan :

>>hirisan daun bawang
>>cili merah

Cara-cara :

1)Panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. Masukan sos tiram dan kacau rata.
2)Tambahkan daging cincang dan kiub daging, kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.
3)Masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.
4)Perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.
5)Satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonis kemudian kacau rata. Panaskan sedikit minyak. Selepas itu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.
6)Tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. Tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.
7)Akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.


Resepi Ayam Masak Kicap Legend

Ayam Masak Kicap merupakan masakan tradisi dan diperkenalkan secara turun-temurun. Masakan ini sesuai disediakan bersama nasi putih dan boleh menjadi lauk Nasi Ambeng juga. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

>>1 ekor ayam - digoreng kunyit

Bahan-bahan untuk dimayang :

>>5 biji bawang merah
>>3 biji bawang putih
>>1 inci halia
>>2 batang serai - diketuk
>>sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
>>sedikit ketumbar jintan
>>sedikit lada sulah serbuk
>>sedikit cuka

>>1/2 botol kicap atau secukup kegunaan
>>2 labu bawang besar - belah 6
>>4 biji lada hidup - belah 2

Cara-cara :

1.Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan bahan-bahan hiris dan kacau hingga kekuningan.
2.Tuangkan kicap, sedikit air dan cuka dan sedikit sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam yang ditumbuk. Sesuaikan rasa, baru dimasukkan ayam yang telah digoreng, bawang besar dan lada hidup.
3.Bila bawang setengah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Cara Membuat Nasi Ambeng Lazat


Nasi Ambeng merupakan masakan tradisional jawa Malaysia. Nasi ini boleh dipelbagaikan lauknya seperti serunding kelapa, ulam-ulaman, ayam masak ungkep, keli pecel(pecel lele) ataupun ayam masak kicap. Selamat mencuba!

SERUNDING KELAPA
>>1/2 biji kelapa parut

Bahan-bahan kisar :

>>segenggam udang kering
>>4-5 biji bawang merah
>>2-3 biji bawang putih
>>1/2 inci kunyit hidup
>>1/2 inci halia
>>1/2 inci lengkuas
>>2 batang serai
>>1 s/b ketumbar biji
>>1/2 s/b jintan manis,1/2 s/b jintan putih

>>sedikit air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa
>>1/2 cawan santan pekat

Cara-cara :

1.Campur semua bahan dengan kelapa parut dan sangai atas api kecil sehingga garing dan kelihatan berminyak. Sesuaikan rasa dan angkat.

SAMBAL GORENG JAWA

>>segenggam udang kering atau ikan bilis
>>1 mangkuk kecil udang hidup, dibuang kulit
>>2 pasang hati dan mempedal ayam, potong kecil dan direbus
>>5-6 batang kacang panjang, dihiris nipis serong
>>1/2 batang lobak merah, dipotong seperti batang mancis
>>2 biji kentang, potong dadu kecil dan goreng
>>2 keping tauhu
>>2 keping tempe
>>2 lembar fucuk
>>1 mangkuk kecil suhun direndam dan dipotong pendek

>>1 biji bawang besar, dimayang halus
>>2 biji lada merah, dihiris nipis serong
>>2 biji lada hijau, dihiris nipis serong

Bahan-bahan kisar untuk Menumis :

>>5 biji bawang merah
>>3 biji bawang putih
>>1/2 inci halia
>>1 batang serai
>>2 hiris lengkuas

>>sedikit air asam jawa

Cara-cara Menyediakannya :

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan hiris hingga garing.
2.Campurkan udang kering atau ikan bilis, tambahkan garam dan serbuk perasa.
3.Kemudian masukkan hati dan mempedal ayam, udang hidup dan kacau sebentar hingga udang masak. Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
4.Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili yang telah dihiris-hiris tadi. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

URAP PUCUK UBI/PEGAGA/TAUGEH

Bahan-bahan :

>>Pucuk ubi secukupnya, direbus dan diperah airnya lalu dihiris halus
>>satu ikat pegaga - dihiris halus
>>1 mangkuk taugeh - dicelur dalam air panas
>>1 ikat daun cekur - dimayang halus

Bahan-bahan :

>>1/2 biji kelapa parut
>>10 biji cili padi
>>segenggam ikan bilis
>>5-6 biji bawang merah
>>3-4 biji bawang putih
>>10 biji ubi cekur
>>sedikit kunyit hidup

Cara-cara :

1.Panaskan minyak dan gorengkan cili padi, ikan bilis dan bawang. Angkat dan toskan.
2.Tumbukkan bahan-bahan yang digoreng tadi bersama-sama isi cekur dan juga kunyit.
3.Campurkan ke dalam kelapa parut dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4.Masukkan ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga garing. Kemudian gaulkan dengan sayur-sayuran tadi. Sesuaikan rasa dan hidangkan.



Saturday, 20 August 2016

CREAM PUFF Filling Jagung Meleleh


Puff Berinti Jagung Meleleh merupakan resepi kuih muih khas buat anda cuba. Anda boleh mengubahnya dengan inti lain. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(**)250ml air
(**)100g Mentega
(**)1sdk Gula Kastor
(**)125gm Tepung Gandum
(**)3 biji telur
(**)1/2 s/t garam

Cara-cara :

#1.Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tidak melekat pada periuk. Sejukkan.
#2.Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega.
#3.Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.

INTI JAGUNG

Bahan-bahan :

(**)1 cawan air
(**)1/2 cawan susu cair
(**)1 cawan jagung dalam tin
(**)1/2 cawan tepung kastad
(**)5 sudu besar gula

Cara-cara :

#1.Kacau tepung kastad dan air.
#2.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
#3.Kacau hingga naik wap
#4.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
#5.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.


Daging Masak Merah Ala Thai

Masakan Daging Masak Merah Ala Thai sesuai dijadikan makan tengah hari mahupun makan malam. Boleh dimakan bersama nasi putih dan tom yam.

Bahan-Bahan :

(*)300 g daging
(*)1 sudu makan pes cili
(*)1 labu bawang besar-  dipotong
(*)3 ulas bawang putih - diketuk
(*)6 ulas cili padi, dititik
(*)3 sudu besar sos cili
(*)1 sudu makan sos tomato
(*)1 sudu makan sos ikan
(*)1 biji buah tomato - dipotong
(*)cili merah/ cili hijau untuk hiasan
(*)daun ketumbar - dihiris
(*)sedikit minyak

Cara-cara :

1-Daging dibersihkan, direbus hingga empuk. Angkat dan sejukkan.
2-Hiris daging kemudian ketepikan.
3-Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4-Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja). Angkat daging dan masukkan ke dalam pinggan, ketepikan.
5-Tumiskan pes cili, bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga layu. Kemudian masukkan daging tadi. Kacau hingga rata.
6-Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato, daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah dipotong.
7-Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.


Cara Membuat Aiskrim Oreo Homemade

Anda teringin aiskrim tetapi ingin berjimat dan makan dalam kuantiti yang banyak? Resepi ini sesuai untuk anda cuba. Pastinya anda tidak perlu ke kedai lagi. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(*)setengah cawan susu pekat
(*)1 1/2 cawan susu cair
(*)esen vanila
(*)1 sudu ovallet
(*)biskut oreo - dihancurkan bersama krim
(*)1 biji telur

Cara-cara :

1-Campurkan semua bahan tersebut dan blend/guna mixer.
2-Pukul sampai gebu dan berkrim lebih kurang 15 - 20 minit.
3-Campurkan biskut oreo yang dah dihancurkan dalam bekas aiskrim.
4-Kemudian gaulkan dan masukkanlah dalam peti ais.
5-Tunggu sampai aiskrim beku boleh dimakan.


Resepi Laksam Kelantan

Laksam merupakan masakan turun-temurun Negeri Cik Siti Wan Kembang. Masakan tradisional ini semakin dilupakan ditelan zaman. Selamat mencuba!

Bahan-bahan : 

(*)laksa atau laksam 1 kilo 
(*)ikan sardin (ikan kembung pun boleh) 
(*)2 biji kelapa parut diperah dan diambil santannya 
(*)7 ulas bawang merah 
(*)1 ulas bawang besar 
(*)halia sebesar ibu jari 
(*)3 cawan air 
(*)5 keping asam gelugur 
(*)2 sudu lada hitam ditumbuk halus
(*)garam secukupnya 
(*)sedikit gula untuk seimbangkan rasa Ulam-ulaman 

Cara-cara : 

#1.Cuci bersih ikan, lumurkan sedikit garam, asam keping dan rebuskan kira-kira 10 minit
#2.Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan masukkan ke dalam blender.
#3.Kisar isi ikan bersama sedikit air, ditambah dengan baki air rebusan.
#4.Tuangkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk berisi santan yang telah siap diperah.
#5.Kisar pula bawang dan halia dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
#6.Tambahkan air, letakkan periuk berisi kuah di atas api dan kacau rata.
#7.Masukkan asam keping, garam secukupnya dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
#8.Teruskan mengacau kuah perlahan-lahan agar ikan tidak berketul dan masak cantik.
#9.Setelah mendididih bolehlah dimatikan api.


Cara Membuat Aiskrim Oreo Homemade

Anda teringin aiskrim tetapi ingin berjimat dan makan dalam kuantiti yang banyak? Resepi ini sesuai untuk anda cuba. Pastinya anda tidak perlu ke kedai lagi. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(*)setengah cawan susu pekat
(*)1 1/2 cawan susu cair
(*)esen vanila
(*)1 sudu ovallet
(*)biskut oreo - dihancurkan bersama krim
(*)1 biji telur

Cara-cara :

1-Campurkan semua bahan tersebut dan blend/guna mixer.
2-Pukul sampai gebu dan berkrim lebih kurang 15 - 20 minit.
3-Campurkan biskut oreo yang dah dihancurkan dalam bekas aiskrim.
4-Kemudian gaulkan dan masukkanlah dalam peti ais.
5-Tunggu sampai aiskrim beku boleh dimakan.


Resepi Kuih Lapis Seri Wangi

Kuih Lapis ialah kuih yang tidak asing lagi. Bahkan, kita membesar dengan kuih ini. Namun zaman sekarang tidak mudah untuk mencari kuih tradisional di kedai-kedai. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

(*)1 cawan tepung gandum
(*)1/2 cawan tepung beras
(*)1 cawan gula
(*)4 cawan santan
(*)1 sudu kecil garam
(*)1 sudu kecil minyak
(*)sedikit pewarna

Cara-cara :

#1.Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna dan blend.
#2.Tapiskan adunan tersebut.
#3.Bahagikan adunan kepada 2 adunan. Letak pewarna berbeza pada setiap bekas.
#4.Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan bila masak,letakkan plastik di dalam loyang.
#5.Letak adunan dalam loyang dan kukus selama 10minit.
#6.Dan seterusnya letak adunan lain.Kukus selama 3-5minit.Buat sampai adunan habis.
#7.Lapisan terakhir kukus selama 20minit untuk semua adunan masak.
#8.Tunggu kuih sejuk dulu baru potong.Jika tidak bila potong kuih jadi tak cantik.



Kaswi Gula Merah Lembut



Kuih Kaswi merupakan kuih tradisional yang diperkenalkan secara turun-temurun. Kuih ini semakin jarang didapati dengan mudah di kedai-kedai. Khas buat anda yang menjadi peminat kuih tradisional. Selamat mencuba!

Bahan Sirap :

(**)5 cawan air
(**)1 cawan gula merah
(**)1 cawan gula pasir
(**)beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan-bahan :

(**)2 cawan tepung gandum
(**)1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
(**)1 s/t kapur kueh
(**)Kelapa parut - yang muda
(**)Sedikit garam

Cara-cara :

#1.Panaskan kukuskan.
#2.Sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
#3.Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan.
#4.Tuangkan dalam loyang. Kukus sehingga masak.
#5.Tunggu sehingga sejuk baru dipotong dengan pisau plastik.
#6.Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
#7.Lumurkan kuih kaswi yang dipotong bersama dengan 
    kelapa tadi.


Resepi Ayam Masak Percik Mudah

Khas buat anda yang mencari kelainan didalam masakan. Resepi ini mudah dibuat dan sedap. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:

PERAMAN AYAM :

(*)6 ketul ayam
(*)3 ulas bawang putih
(*)1 ulas bawang merah
(*)1 batang serai
(*)1 sudu serbuk jintan putih
(*)1 sudu serbuk ketumbar

KUAH

dikisar
(*)1 biji bawang besar
(*)3 ulas bawang putih
(*)1 inci halia
(*)1 inci lengkuas
(*)3 sudu besar cili kisar
(*)1/2 cawan air

Cara Memasak Resepi Ayam Percik :

1#Belah ayam dari dada, bukakan, tekan hingga ayam berbentuk lebar.
2#Lumur dengan bahan peraman, biarkan selama 1 jam.
3#Perah kelapa tanpa dicampur air hingga mendapat santan yang pekat, kemudian hampas
kelapa tadi ditambah dengan air kemudian perah santannya.
4#Haluskan, bawang merah, jintan, kunyit, cili, garam, gula pasir dan air perahan limau.
5#Masak santan bersama bumbu tadi hingga bumbu matang dan tidak terasa langu.
6#Angkat.
7#Lumur bahan peraman pada ayam, kemudian dibakar dalam oven bersuhu 180 C hingga masak.
8#Kemudian panggang lagi di atas bara arang hingga ayam agak kering dan wangi.



Resepi Ayam Goreng Madu Pedas

Resepi Ayam Goreng Madu Pedas ini sangat simple dan mudah disediakan. Anda boleh menjimatkan masa memasak disamping menyediakan masakan sedap. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

#1/2 ekor ayam-potong ikut selera anda
#1 inci kunyit-dikisar
#1 inci halia-dikisar
#4 biji bawang merah-dikisar
#4 ulas bawang putih-dikisar
#1 batang serai-dikisar
#3 sudu besar serbuk cili
#3 sudu besar kicap manis
#4 sudu besar madu

Cara-cara :

1@Perapkan ayam dengan kunyit,halia,bawang merah dan putih, serai, serbuk cili, madu dan kicap manis.
2@Perap selama 1-2 jam.
3@Gorengkan sehingga ayam masak.
4@Angkat dan gaulkan dengan madu lagi untuk kelihatan berkilat dan madu yang lebih terasa.
5@Siap dihidang.