Maskan bubur lambur kebiasaannya dimakan semasa musim perayaan seperti Maulid Nabi, Raya Haji dan selalu dijual di Bazaar Ramadhan. Ramuannya istimewa dan sedap dimakan.
Bahan-Bahan :
>>3 ulas bawang merah dihiris
>>3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
>>santan 1/2 cawan
>>200gm daging dipotong kecil
>>2 genggam beras
>>2 cm halia - hiris
>>sedikit udang kering ditumbuk halus
>>sedikit halba
>>segenggam lobak masin dihiris nipis
>>garam secukupnya
>>1/2 s/t lada hitam
>>2 ulas bawnag putih dihiris
Cara-cara Membuatnya :
1)Mula-mula tumis bawang putih bersama halia dan bawang merah hingga harum kemudian masukan 3 beradik, lada hitam dan halba. bila sudah agak garing masukan udang dan daging dan bila macam kerinjg sangat masukan sedikit air.
2)Kacau sekejap kemudian masukan lobak masin. masak hingga sebati dan bila sudah sebati boleh penuhkan air. saya letakan 1/2 periuk dulu masak macam nasi biasa.
3)Bila air sudah kering tambahkan air lagi dan masukan pula beras dan masak hingga masak.
4)Bila bubur sudah masak masukan santan bersama sedikit garam dan biarkan sekejap lebih kurang 5 minit dan bolehlah tutup api.
Monday, 15 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment