Sunday, 14 August 2016

Cara Membuat Pulut Udang Utara yang Lembut

Pastinya anda dilema untuk memilih menu minum petang seisi keluarga. Resepi Pulut Udang Utara yang Lembut tidak akan mengecewakan anda lagi. Selamat Mencuba!

Bahan Pulut : (untuk 8 biji pulut udang)

-1 cawan beras pulut direndam 2 jam
-1 cawan santan pekat
-Garam
-Beberapa helai daun pisang dilayurkan atas api
-Lidi - kerat 1 1/2 inci

Bahan Inti :

-1/2 biji kelapa parut
-1 cawan udang kering
-2 biji bawang besar
-5 batang serai
-1 sudu kecil kunyit serbuk
-5 tangkai cili kering
-1 sudu besar minyak masak
-Garam & gula

Cara-cara membuat inti :

1.Blend cili kering, serai, udang kering dan bawang. Masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek.

2.Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit , minyak , garam , gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

Cara-cara membuat Pulut Udang :

1.Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.

2.Campurkan santan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu.

3.Bila kering, biarkan pulut benar-benar masak atas api paling kecil. Sejukkan sikit.

4.Ambil daun pisang yang telah dipotong selebar 1 jengkal, letak pulut atas daun pisang, letakkan inti ditengah pulut dan gulung daun pisang biar kemas. Tekan-tekan bahagian hujung daun agar pulut kemas dan selitkan lidi. Buat hujung satu bahagian lagi.

5.Panggang atas api sederhana dan balik-balikkan pulut selalu. Bila daun telah hangus & garing sikit, boleh diangkat.




0 comments:

Post a Comment