Monday, 22 August 2016

Resepi Ayam Masak Kicap Legend

Ayam Masak Kicap merupakan masakan tradisi dan diperkenalkan secara turun-temurun. Masakan ini sesuai disediakan bersama nasi putih dan boleh menjadi lauk Nasi Ambeng juga. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

>>1 ekor ayam - digoreng kunyit

Bahan-bahan untuk dimayang :

>>5 biji bawang merah
>>3 biji bawang putih
>>1 inci halia
>>2 batang serai - diketuk
>>sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
>>sedikit ketumbar jintan
>>sedikit lada sulah serbuk
>>sedikit cuka

>>1/2 botol kicap atau secukup kegunaan
>>2 labu bawang besar - belah 6
>>4 biji lada hidup - belah 2

Cara-cara :

1.Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan bahan-bahan hiris dan kacau hingga kekuningan.
2.Tuangkan kicap, sedikit air dan cuka dan sedikit sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam yang ditumbuk. Sesuaikan rasa, baru dimasukkan ayam yang telah digoreng, bawang besar dan lada hidup.
3.Bila bawang setengah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.





0 comments:

Post a Comment