Monday, 15 August 2016

Filled Under:

Resepi Roti Sarang Lebah Butterscotch Gebu

Khas buat pencinta roti dan doh. Roti Sarang Lebah Butterscotch gebu yang kini tending dan diminati. Selamat mencuba!

Bahan-bahan Doh :

(**)2 cawan tepung gandum
(**)1/2 s/t dry yeast
(**)1/4 s/t garam
(**)½ s/t baking powder
(**)1 s/b gula pasir
(**)¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
(**)¼ cawan minyak sun flower
(**)1/2 cawan air suam 
(**)Almond flakes, pumpkin seeds & butterscotch jika suka

Cara-cara Membuat Roti :

1)Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2)Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
3)Masukkan campuran yeast dan yogurt kedalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat di tangan.
4)Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. 
5)Uli lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti nanti.
6)Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup (oven atau microwave yang tak di ON).Bila doh dah naik, tumbuk-tubukkan supaya keluar anginnya
7)Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
8)Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
9) Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
10)Bakar dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan tuangkan butterscotch diatasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Sos Butterscotch :

(**)1/2 cawan gula perang
(**)1/2 cawan whipping cream (atau susu cair)
(**)secubit garam
(**)1/2 s/b vanilla essence
(**)25g butter

1)Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2)Tuangkan whipping cream perlahan-perlahan sambil mengacaunya.
3)Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.




0 comments:

Post a Comment