Saturday, 20 August 2016

Resepi Laksam Kelantan

Laksam merupakan masakan turun-temurun Negeri Cik Siti Wan Kembang. Masakan tradisional ini semakin dilupakan ditelan zaman. Selamat mencuba!

Bahan-bahan : 

(*)laksa atau laksam 1 kilo 
(*)ikan sardin (ikan kembung pun boleh) 
(*)2 biji kelapa parut diperah dan diambil santannya 
(*)7 ulas bawang merah 
(*)1 ulas bawang besar 
(*)halia sebesar ibu jari 
(*)3 cawan air 
(*)5 keping asam gelugur 
(*)2 sudu lada hitam ditumbuk halus
(*)garam secukupnya 
(*)sedikit gula untuk seimbangkan rasa Ulam-ulaman 

Cara-cara : 

#1.Cuci bersih ikan, lumurkan sedikit garam, asam keping dan rebuskan kira-kira 10 minit
#2.Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan masukkan ke dalam blender.
#3.Kisar isi ikan bersama sedikit air, ditambah dengan baki air rebusan.
#4.Tuangkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk berisi santan yang telah siap diperah.
#5.Kisar pula bawang dan halia dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
#6.Tambahkan air, letakkan periuk berisi kuah di atas api dan kacau rata.
#7.Masukkan asam keping, garam secukupnya dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
#8.Teruskan mengacau kuah perlahan-lahan agar ikan tidak berketul dan masak cantik.
#9.Setelah mendididih bolehlah dimatikan api.




0 comments:

Post a Comment