Puff Berinti Jagung Meleleh merupakan resepi kuih muih khas buat anda cuba. Anda boleh mengubahnya dengan inti lain. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
(**)250ml air
(**)100g Mentega
(**)1sdk Gula Kastor
(**)125gm Tepung Gandum
(**)3 biji telur
(**)1/2 s/t garam
Cara-cara :
#1.Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tidak melekat pada periuk. Sejukkan.
#2.Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega.
#3.Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.
INTI JAGUNG
Bahan-bahan :
(**)1 cawan air
(**)1/2 cawan susu cair
(**)1 cawan jagung dalam tin
(**)1/2 cawan tepung kastad
(**)5 sudu besar gula
Cara-cara :
#1.Kacau tepung kastad dan air.
#2.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
#3.Kacau hingga naik wap
#4.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
#5.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.
0 comments:
Post a Comment