Bahan-bahannya :
(*)1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
(*)2-3 inci halia *
(*)2-3 batang serai *
(*)1 inci kunyit *
(*)1 ulas bawang putih *
(*)1/2 labu bawang besar *
(*)1 biji cili merah *
(*)2 s/b minyak
(*)sayuran - bendi/tomato/terung/nenas
(*)sedikit garam, gula secukup rasa
Cara-cara :
1#Rendam ikan dengan air asam jawa sekejap, kemudian bersih dan toskan.
2#Panaskan pengukus dengan air mendidih, masukkan ikan dalam pingan atau bekas yang sesuai dan kukus hingga masak, dalam 13-15 minit.
3#Sementara itu, kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
4#Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masukkan sedikit air.
4#Masukkan semua jenis sayur dan perasa, kemudian tuang atas ikan yang telah dikukus tadi.
5#Boleh dihidang bersama nasi putih.
0 comments:
Post a Comment