Monday, 8 August 2016

Filled Under:
,

Resepi Tradisional Asam Pedas Melaka Terbaik

Buat penggemar setia masakan tradisional, selamat mencuba resepi turun-temurun ini.

Bahan-bahan :

(*)4 ketul ikan pari/parang/tenggiri (dibasuh bersih)
(*)3 biji bawang merah
(*)1 biji bawang putih
(*)2cm halia
(*)1 mangkuk cili kering kisar
(*)3cm belacan
(*)2cm kunyit hidup 
(*)1 sudu besar lada hitam 
(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit, lada hitam diblend skali)

(*)3 batang serai dititik
(*)1 sudu teh halba 
(*)Daun kesum dan bungan kantan
(*)Bendi/terung 
(*)Air asam jawa secukupnya
(*)Garam dan gula
(*)Minyak untuk menumis

Cara-cara :

1.Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan.
2.Masukkan bahan-bahan diblend tadi dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3.Dah garing, masukkan gula. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
4.Masukkan ikan dan masukkan air asam jawa.
5.Masukkan bendi/terung.
6.Perasakan dengan garam dan biar mendidih, siap.





0 comments:

Post a Comment