Wednesday, 17 August 2016

Resepi Popia Telur Cicah Sos

Resepi kuih popia telur khas untuk anda, boleh dijadikan menu minum petang. Selamat mencuba!

POPIA TELUR

Bahan-bahan :

- 1 biji sengkuang saiz sedang disagat 
- 1 biji carrot disagat 
- 3 biji telur 
- 2 ulas bawang putih dicincang 
- 1 ulas bawang besar dicincang 
- udang geragau
- garam 
- sos tiram 
- air 
- minyak 
- kulit popia
- 1 s/b tepung gandum bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :

1.Pecahkan telur dan campur sedikit garam dan kacau sebati. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau2 hingga jadi scramble egg. Angkat dan ketepikan. 
2.Masukkan minyak dlm kuali yg sama. Tumis bwg putih hingga wangi dan masukkan bwg besar tumis hingga layu. Masukkan udang geragau, garam, sos tiram dan air. 
3.Masukkan carrot & sengkuang dan kacau2 hingga agak kering. Masukkan scrambled egg dan kacau sebati hingga kering sikit. Angkat dan bolehlah mula menggulung popia. Gunakan pes tepung sebagai pelekat. Bila siap menggulung bolehlah digoreng. 

SOS CILI 

Bahan-bahan :

- 10 biji cili kering – potong & rebus dan blend halus (boleh juga guna cili merah dlm 6 biji)
- 1 senduk kecil cuka 
- gula dan garam secukupnya 
- air secukupnya 
- 1 s/k tepung jagung bancuh dgn sikit air 

Cara-cara :

1.Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
2.Bila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung. Masak mengikut kepekatan yg dikehendaki.
3.Rasakan masin dan manisnya dan bolehlah dihidang bersama popia goreng.




0 comments:

Post a Comment