Resepi tradisional ini masih mendapat sambutan dan sedap dimakan. Boleh ijadikan menu minum petang mahupun sarapan sebagai hidangan seisi keluarga. Selamat Mencuba!
Bahan inti :
(**)1/2 biji kelapa parut putih
(**)3 ulas bawang merah
(**)1 ulas bawag putih
(**)5 biji cili kering - rebus
(**)1 s/b udang kering - rendam
(**)1 btg serai
(**)1 s/k jintan manis
(Bahan2 di atas dikisar halus kecuali kelapa parut)
(**)sedikit kunyit serbuk
(**)1 helai daun kunyit saiz kecil ~ dihiris halus
(**)1/2 cawan air
(**)Minyak menumis
(**)Garam, gula & perasa secukupnya
Cara Masak Inti :
1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2)Masukkan hirisan daun kunyit, serbuk kunyit, perasa, gula dan garam.
3)Masukkan sikit air dan juga kelapa parut. Masak hingga inti kering.
Bahan Doh :
(**)2 1/2 cawan keledek rebus - dilecek
(**)1 cawan tepung gandum
(**)1 cawan tepung pulut
(**)air secukupnya lebih kurang 1 cawan dicampur dengan sedikit garam
Cara-cara :
1)Bancuh keledek lecek bersama tepung hingga rata.
2)Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata hingga dapat doh lembut.
3)Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan inti dan tutup lalu dileperkan sedikit.
4)Goreng dalam minyak yang panas.
Wednesday, 17 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment