Khas buat anda yang inginkan kelainan dalam menu masakan di rumah. Resepi yang mudah dan sedap ini pastinya menambat hati suami. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
>>3 biji telur - dipukul
>>5 biji cili padi - cincang
>>2 ulas bawang putih - cincang
>>1 biji bawang besar - potong dadu
>>1 s/b sos tomato
>>1 s/b sos tiram
>>1 1/2 s/b sos cili
>>1/3 cawan daging cincang
>>1 s/b mayonaise
>>1/2 kiub pati daging lembu
>>sedikit Sos Ikan
>>sedikit air
>>sedikit serbuk lada hitam
>>1/4 cawan mix vege - jagung, kacang pis, karot
>>1/2 inci halia - cincang halus
Bahan Hiasan :
>>hirisan daun bawang
>>cili merah
Cara-cara :
1)Panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. Masukan sos tiram dan kacau rata.
2)Tambahkan daging cincang dan kiub daging, kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.
3)Masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.
4)Perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.
5)Satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonis kemudian kacau rata. Panaskan sedikit minyak. Selepas itu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.
6)Tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. Tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.
7)Akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.
Monday, 22 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment