Monday, 8 August 2016

Resepi Pasembor Penang Rangup

Buaat yang menggemarkan masakan utara, anda boleh mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Kuah :

-200g ubi kentang direbus dan dilecek
-300g keledek direbus dan dilecek
-150g kacang tanah  disangai ,buang kulit ,dikisar
-70g bawang besar 1 biji dikisar
-5 ulas bawang putih dikisar
-3 sudu besar cili kisar
-50g gula merah
-60ml air asam jawa
-garam dan gula secukup rasa
-minyak untuk menumis

Cucur Udang :

-200g tepung gandum
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil baking powder
-260ml air rebusan kepala udang
-garam secukup rasa
-udang secukupnya
-minyak untuk menggoreng

Bahan lain :

-Timun
-Taugeh dicelur secukupnya
-Sengkuang
-Telur rebus
-Tauhu goreng
-Kentang digoreng secukupnya

Cara-cara :

Kuah
1.Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
2.Tuang air dan masukkan bahan yg dilecek tadi, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak dgn api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.

Cucur udang
1.Campur semua bahan kecuali udang dan minyak. Gaul sebati.
2.Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan sudip leper, rendam dalam minyak seketika. Kemudian,  letak adunan tepung diatasnya dan letak udang diatasnya.
3.Masukkan kedalam minyak. Bila dah menggelembung, tanggalkan daripada sudip. Buat sehingga habis. Gunakan api sederhana.

Penyediaan
1.Bolehlah dihidang bersama kuah, cucur udang yang dipotong kecil dan bahan lain.





0 comments:

Post a Comment