Khas buat anda yang menginginkan resepi turun temurun ini, Ayam Masak Lemak Cili Api. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
(**)800 gram ayam - dipotong
(**)4 biji kentang - dipotong
(**)3 batang serai, diketuk
(**)2 helai daun kunyit - dimayang halus
(**)1 keping asam gelugor
(**)1200 ml santan cair
(**)400 ml pati santan
(**)Air jika perlu
(**)Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar :
(**)30 biji cili padi
(**)1 inci kunyit hidup
(**)1 inci halia
(**)6 biji bawang merah kecil
(**)3 ulas bawang putih
Cara-cara Memasak :
1.Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
2.Masukkan kentang dan tuang santan cair. Masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
3.Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
4.Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Matikan api.
Friday, 19 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment