Saturday, 20 August 2016
Kaswi Gula Merah Lembut
Posted By:
Unknown
on 06:16
Kuih Kaswi merupakan kuih tradisional yang diperkenalkan secara turun-temurun. Kuih ini semakin jarang didapati dengan mudah di kedai-kedai. Khas buat anda yang menjadi peminat kuih tradisional. Selamat mencuba!
Bahan Sirap :
(**)5 cawan air
(**)1 cawan gula merah
(**)1 cawan gula pasir
(**)beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan.
Bahan-bahan :
(**)2 cawan tepung gandum
(**)1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
(**)1 s/t kapur kueh
(**)Kelapa parut - yang muda
(**)Sedikit garam
Cara-cara :
#1.Panaskan kukuskan.
#2.Sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
#3.Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan.
#4.Tuangkan dalam loyang. Kukus sehingga masak.
#5.Tunggu sehingga sejuk baru dipotong dengan pisau plastik.
#6.Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
#7.Lumurkan kuih kaswi yang dipotong bersama dengan
kelapa tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment