Sesuai dimakan sebagai minum petang, makan malam ataupun dihidangkan kepada tetamu. Resepi yang mudah dan siap dalam masa beberapa minit sahaja. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan :
*4 sudu besar milo
*4 sudu besar susu segar
*4 sudu besar tepung gandum
*1 sudu teh baking powder
*1 biji telur
*4 sudu besar gula halus
*1 sudu teh esen vanilla
*choc rice dan choc chip untuk hiasan
*2 - 3 mug atau ramekin - yang boleh dibakar dalam microwave
Cara-cara Membuatnya :
1)Campurkan baking powder dan tepung gandum kemudian ayak sampai rata.Masukan milo, susu, minyak jagung, baking powder, gula halus, vanilla, tepung dan telur ke dalam mangkuk pengadun. kemudian kacau hingga rata.
2)Siapkan ramekin atau mug kemudian tuangkan adunan 1/2 atau 3/4 bahagian mug sahaja kerana bila dibakar adunan akan tumpah dan kembang.Taburkan hiasan choc rice dan choc chip diatasnya.
3)Bakar dalam microwave selama 3 minit.Boleh gunakan oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit dalam oven.
Monday, 15 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment