Wednesday, 17 August 2016

Resepi Tradisional Laksa Sarawak Sedap



Bagi yang belum pernah mencuba Laksa Tradisional Laksa Sarawak, inilah masanya untuk anda mencuba. Resepi turun-temurun ini semakin susah dijumpai di mana-mana. Selamat mencuba!

Bahan Kuah :

- 1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
- 500 gm udang segar - dicuci bersih tidak dibuang kulitnya 
- 1 ketul dada ayam / kiub ayam
- 2 batang serai - diketuk
- 500 ml santan dari 1 biji kelapa
- 2 liter air biasa
- garam secukup rasa

Bahan Tambahan Lain

- 1 paket meehon (400 - 500 gm) - direndam & celur hingga lembut & tos
- Taugeh secukupnya - dicelur sebentar
- Daun ketumbar - untuk hiasan
- 4 biji telur - dijadikan telur dadar, digulung & hiris
- beberapa biji limau kasturi

Bahan-bahan Sambal :

- 5 biji cili merah
- 6 biji cili padi
- sedikit belacan

Cara-cara :

1)Masak 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak.
2)Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
3)Sementara itu dalam air rebusan ayam & udang tadi. Masukkan serai yang diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
4)Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
5)Isi ayam rebus tadi disiatkan halus & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
6)Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan sambal.

Cara Menghidang Laksa Sarawak :

1)Hidangkan meehun yang dicelur tadi bersama dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yang dihiris, taugeh yang dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2)Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.




0 comments:

Post a Comment