Pastinya anda bosan dan dilema ingin memasak apa di rumah, Cubalah Resepi Ikan Kukus Halia yang mudah dan menyelerakan ini, anda pasti tidak kecewa.
Bahan-bahan :
(**)1 ekor Ikan Siakap – dibersihkan dan kelar sedikit
(**)2 inci halia – dihiris halus
(**)3 biji bawang merah – dihiris halus
(**)2 ulas bawang putih – dihiris halus
(**)10 biji cili padi – dipotong atau di titik
(**)daun ketumbar (dihiris)
(**)daun bawang
(**)1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
(**)2-5 cendawan shitake – dihiris halus
(**)1 biji air limau nipis
(**)2 sudu besar Sos Tiram
(**)2 sudu besar Kicap Cair
(**)1 sudu kecil Gula
(**)4 sudu besar Air
Cara-cara Membuat :
1.Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2.Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3.Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4.Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.
Sunday, 14 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment