Muffin Labu Kuning Lembut ini sesuai dijadikan sajian buat tetamu mahupun dimakan seisi keluarga. Resepinya mudah dan sedap. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
(**)1 cawan tepung gandum
(**)3/4 sudu teh baking powder
(**)1/4 sudu teh baking soda
(**)1/2 sdu teh garam
(**)1/2 cawan labu lecek
(**)1/4 cawan yogurt
(**)2 biji telur Gred B
(**)1/4 cawan minyak
(**)1/3 cawan gula
(**)sedikit esen vanilla
(**)coklat chip untuk hiasan
Cara-cara Membuat :
1)Panaskan oven ke 190 C selama 15 minit. Dalam mangkuk besar , ayak tepung bersama baking soda , powder dan garam. Ketepikan seketika
2)Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin .Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
3)Gaul adunan sekejap sehingga sedikit sebati. Ceduk adunan ke dalam muffin pan dan taburkan coklat cip di atasnya.
4)Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit pada suhu 190’C.
Wednesday, 17 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment