Wednesday, 17 August 2016

Resepi Ayam Goreng Kunyit Lazat


Resepi Ayam Goreng Kunyit Lazat ini sesuai dimasak untuk seisi keluarga, amat mudah disediakan terutama bagi surirumah yang bekerja dan mempunyai limitasi masa. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan :

>>300 gram ayam - bahagian dada
>>2 ulas bawang putih - hiris nipis
>>2 senduk minyak masak
>>4 batang kacang panjang - potong 2 inci
>>1 biji bawang merah - hiris nipis
>>1 biji cili merah - hiris nipis
>>1 sudu kecil serbuk kunyit
>>1 biji bawang besar - hiris nipis

Cara-Cara :

1)potong dada ayam pada iub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap selama kurang lebih 5 minit.
2)selanjutnya panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam diatas apai besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus.
3)Selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.
4)bila ayam hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah.
5)Taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit, angkat dan hidangkan.




0 comments:

Post a Comment