khas buat penggemar kek dan penggemar keju. Selamat mencuba!
Bahan untuk Kek :
(*)100g tepung hongkong/tepung gandum
(*)60g tepung jagung
(*)1 sudu kecil baking powder
(*)1 sudu besar ovalette
(*)100g gula kastor
(*)4 biji telur
(*)2 biji kuning telur
(*)50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
(*)1 sudu teh blueberry paste
(*)beberapa titik pewarna ungu
(*)75g mentega cair
Cara-cara Membuat Kek :
1.Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2.Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
3.Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
Bahan untuk Krim :
(*)250g cream cheese
(*)120g susu pekat manis
(*)50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan diatas hingga sebati,adunan ini memang cair
*Tambah sedikit susu segar supaya cream cheese lebih cair
Bahan untuk Hiasan :
(*)1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
(*)blueberry topping(cairkan dengan sedikit air panas)
Cara Membuat Hiasan :
1.Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping.
Potong mengikut bekas yang ingin digunakan.
2.Letak sekeping kek ke dalam bekas. Tuangkan cream cheese.
Ratakan blueberry topping dan tuang semula cream cheese. Letak semula
sekeping kek lagi dan tuang lagi cream cheese. Parutkan cheddar cheese di atas kek.
3.Atau, letak sekeping kek ke dalam bekas yang sesuai. Tuangkan cream cheese.
Ratakan blueberry topping dan tuang semula cream cheese. Parutkan cheddar cheese diatas kek. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.
Monday, 8 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment