Saturday, 6 August 2016

Popia Nestum & Horlicks Rangup

Resepi Popia Nestum & Horlicks sesuai untuk seisi keluarga anda, mudah untuk disediakan dan sesuai dimakan sebagai hidangan sampingan.
Bahan-bahan :

-Kulit popia saiz besar
-1/2 cawan nestum
-1/2 cawan gula aising
-1 cawan susu tepung
-Sepeket horlicks
-1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air
-1 kg minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

1.Gulung popia. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis.

2.Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang anda suka.

3.Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan

4.Toskan.

5.Campur sebati nestum, gula, susu dan horlicks.

6.Bila popia sudah suam, taburkan bahan serbuk ke atasnya.Gaul sebati.





0 comments:

Post a Comment