Masakan Daging Masak Merah Ala Thai sesuai dijadikan makan tengah hari mahupun makan malam. Boleh dimakan bersama nasi putih dan tom yam.
Bahan-Bahan :
(*)300 g daging
(*)1 sudu makan pes cili
(*)1 labu bawang besar- dipotong
(*)3 ulas bawang putih - diketuk
(*)6 ulas cili padi, dititik
(*)3 sudu besar sos cili
(*)1 sudu makan sos tomato
(*)1 sudu makan sos ikan
(*)1 biji buah tomato - dipotong
(*)cili merah/ cili hijau untuk hiasan
(*)daun ketumbar - dihiris
(*)sedikit minyak
Cara-cara :
1-Daging dibersihkan, direbus hingga empuk. Angkat dan sejukkan.
2-Hiris daging kemudian ketepikan.
3-Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4-Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja). Angkat daging dan masukkan ke dalam pinggan, ketepikan.
5-Tumiskan pes cili, bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga layu. Kemudian masukkan daging tadi. Kacau hingga rata.
6-Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato, daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah dipotong.
7-Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.
Saturday, 20 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment