Untuk anda yang merasa bosan dengan resepi nasi putih, mungkin anda perlu mencuba Resepi Nasi Tomato Sedap ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
(**)4 cawan beras (bersihkan)
(**)Butter 2 s/b
(**)Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
(**)Bawang besar sebiji, bawang merah tiga biji, bawang putih 2 biji, halia seinci (kisarkan)
(**)Tomato puri
(**)Susu sejat
(**)Air
(**)Buah tomato
Cara-cara :
1)Cairkan butter. Tumiskan rempah tumis. Masuk bahan kisar, tumis sampai naik bau.
2)Kecikkan api, tuang tomato puri dengan buah tomato.
3)Kalau guna susu sejat, masukkan 1 cawan susu sejat kemudian air biasa 5 cawan. Kalau tak guna susu sejat masukkan air biasa 6 cawan.
4)Season dengan garam. Kawal api and biar beras sampai masak.
5)Kalau guna rice cooker, lepas masukkan beras, pindahkan dalam rice cooker, masuk air, tutup and biar sampai masak.
Ayam masak merah
Bahan-bahan :
(**)Ayam setengah ekor.
(**)Lada kering (kisar)
(**)Bawang besar sebijik, bawang merah 4 bijik, bawang putih 2 bijik (kisar)
(**)Carrot (option)
(**)Rempah tumis
(**)Serai sebatang (titik)
(**)Air asam jawa dalam tiga sudu besar
Cara-cara :
1.Ayam digoreng dulu.
2.Panaskan minyak. Tumis bahan tumis. Masukkan bawang kisar dengan serai. Tumis sampai naik bau.
3.Masukkan lada kisar. Kacau sampai pecah minyak + sampai lada masak.
4.Masukkan carrot.
5.Masukkan ayam. Gaulkan. Masukkan air asam jawa. Gaul lagi.
6.Kalau nak bagi cantik boleh masuk bawang besar potong bulat.
Sunday, 14 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment